Sunday, December 18, 2011

Akulah Singa itu!

Kubersyukur kerana menjadi khalifah di muka bumi ini
Hidup ini kuteruskan dengan penuh semangat dan tabah
Walau apa jua badai yang datang
Ingin kujulang impian,menegakkan cita-cita
Aku akan bangun dari segala kesusahan
Hari ini aku akan berlari dengan satu tujuan
Yang jitu menggarap seluruh kejayaan
Biarpun sejarah silamku pernah silap dan gagal
Dan itu adalah aku

Kini kuhimpun segalanya
Dan kuseret untuk merancang
 Satu kemenangan sebagai kemuncaknya
Akulah singa itu !

Hari ini aku berlatih dan bertatih
Biar sasaranku tepat, tegas, cekap, pantas dan rasional
 Sempadan pada cita-citaku ialah Allah dan Rasul-Nya
 Benar pada segala matlamat, hakikat dan makrifat
Akulah singa itu!

Santun pada segala adat alam dan fitrah kejadian
 Biarku jadi insan yang merangkul setiap kejayaan 
Seperti Sayidina Umar al-Khattab
Singa yang dikeluarkan oleh Rasul daripada dirinya
Atau Umar Abdul Aziz
Menjadi singa kebenaran dan ketelusan

Kini aku sudah sedia memburu
Untuk menggapai sasaran, bebanan dan tanggungjawab
Dan risiko ini memaksa aku menjadi seperti seekor singa

Takafur sebentar aku di sejadah peta dunia
Membayangi kehebatan Ilahi
Menikmati anugerah-Nya
Menjalankan tugas sebagai khalifah
Ibarat singa yang gagah perkasa
Di dunia belantara...

                                                                                                                   -Rusnah Abu Samah- 



Wednesday, December 7, 2011

Kacang Botol Goreng

    Hari ini aku nak kongsi resepi kacang botol goreng.. 
Senang je nak masak,semua orang boleh cuba buat..


Bahan-bahan :
   Kacang Botol (dihiris halus)
   1 ulas bawang merah
   1 ulas bawang putih
   1 biji telur 
   3 sudu cili didikisar
   air secukupnya
   garam secukup rasa





Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bawang merah dan putih yang teelah dihiris hingga kekuningan.
  2. Masukkan 3sudu cili yang dikisar(ikut keadaan).kacau bahan-bahan tadi hingga cili masak
  3. Kemudian masukkan kacang botol (yang dihiris halus) ke dalam kuali.Masukkan sedikit air, kalau terlalu kering
  4. Pecahkan sebiji telur.
  5. masukkan garam secukup rasa dan gaulkan kesemua bahan-bahan tadi hingga kacang botol layu/masak.
  6. Hidangkan...