Sunday, March 27, 2011

mY Mi$$ion & Vi$$ion

Malam tadi aku tak boleh tidur, jadi aku belek2 la sebuah buku ini. Sebenarnya, sebelum tidur aku memang suka baca buku pun...Buku yang aku baca2 bertajuk MISTERI TARIKH LAHIR ANDA.

Lepas aku baca buku ni, aku baru perasan yang selama ini aku tak de matlamat hidup yang jelas..
Sebab dekat bahagian belakang buku ini, penulis2 suruh pembacanya tulis matlamat hidup diatas sehelai kertas dan tengok setiap masa...
Jadi aku pun nak cuba lah kononya ,sebab dia kata kalau kita dah mampu tulis matlamat kita2,maknanya dah hampir separuh kita akan capai..
Dengan penuh semangatnya aku ambil pen dan sehelai kertas, tapi aku tak tahu nak tulis apa sebagai matlamat hidup aku!!
Fikir2 balik,argh sedihnya hidup tanpa matlamat..& I can't write it just on paper....
Sebenarnya aku tak tau apa yang aku nak dalam hidup ni ????

Tapi selepas beberapa lama aku fikir2& timbang2 balik.Aku rasa ini yang aku nak dalam hidup ni:

  •  Dalam jangka masa pendek ni.aku nak dapat DEKAN setiap semester & masa konvo nanti aku nak dapat 3.5 ke atas!!!                                                                   
  • Dah kerja nanti, aku nak jadi cikgu yang cemerlang (blh ke??)                         
  • Lepastu aku nak sambung Master, then jadi lecture                                  
  • Lepas semua dah stabil- kahwin??
  • Sambung ambil Phd.(cuba bayangkan Dr.Hanis Amera) gempak gler...
  • Sebenarnya aku teringin sangat nak jadi voluntary untuk apa2 bdn NGO..
  • Bawa mak & abah gi Haji + travel around the world
  •                               Jangka masa panjang- impian aku nak bukak restoran @ bookstore!!

     

Akhir sekali aku nak : yang penting aku nak hidup aku sentiasa diberkati Allah


*Aku baru sedar,yang sebenarnya susah nak tulis matlamat hidup kita ni..

*Sekali sekala,, bacalah & bukak2 la buku motivasi@ilmiah yang macam ni,sebab ia akan sentiasa mengingatkan kita mengenai erti kehidupan yang sebenar.....