Tuesday, March 15, 2011

Assigment & Assigment Again.....

Banyaknye la kerja yang tak buat-buat lagi. Sampai aku tak tau nak buat yang mana satu....
Itulah asyik bertangguh je kerja,dah nak hantar baru kelam kabut  nak buat.
Tapi serious banyak gler assiggment yang kena buat,sejak aku menjejakkan kaki kat UPSI ni..
Berdasarkan pemerhatian aku,budak2 UPSI ni walaupun assigment banyak tetap relax je  mcm tak ada kerja.Contohnya, lepak lama2 kat kafe la, hujung minggu pergi KL, berkelah kat Kalumpang & yang paling penting setiap hari Sabtu akan penuh dengan muka2 budak UPSI kat pasar malam Tanjong Malim.hihiiihi 
( termasuk la aku)....
 Bertambah serabut kepala aku bila fikir nak cari rumah sewa. Ye la semester ni dah nak habis & intake baru ambilan September nak masuk.So, bersiap sedialah untuk anda Ditendang dari kolej..TAK NAK.........
Mana la nak cari rumah sewa ni????Masalah2x... Kalau umah aku dekat,rasanaya nak ulang alik dari rumah je,kan senang..


Tak kisah la,macamane pun.Yang penting assigment mesti kena siapkan & kena tendang @ tak ikut rezeki masing2x....(ada aku kesah)

Tuesday, February 22, 2011

K.E.R.E.T.A

Hisyh bila nak ada kereta ni....
Jeles plak aku tengok orang bawak,bila la nak dapat.
Tapi sape la yang nak sedekah kat aku kan???
Sebenarnya dah penat,melangut tuggu bas kat UPSI ni.
Tiap-tiap hari kena tunggu & berebut naik bas ni...


       Kalau dapat macam  ni pun jadi la....


Sekarang ni aku asyik suka kereta warna putih pulak,Smartkan!!!

Kalau dapat yang ni lagi lah best....



hahahhaa.....aku memang suka gler kat Honda Civic ni...


Tapi kalau dapat kereta ni,serius aku tak tukar kereta lain dah....




                                  Alahai, Mini Cooper....
                          Tak pe la,nanti dah kerja aku beli.
   Tapi buat masa sekarang ni telan air liur je la dulu, tengok orang lain naik......

Faceblog

     SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD    IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITUSEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
       
TERIMA KASIH


Wednesday, February 2, 2011

Le Tour de Ts & Pavi....

Sebelum aku tulis entry ni, aku nak ucap Gong Xi Fa Cai kpd yang menyambutnya....& terima kasih sebab kerana adanya perayaan ni,kita semua boleh cuti...seminggu lagi tau.hihihi

Yang paling penting,sebab cuti ni lah aku boleh gi jalan2,menghabiskan masa & mencuci mata dkt Times Square& Pavillion..Sebenarnya saje je nak ambik kesempatan,alang2 akak aku n kawan merangkap bakal abang ipar aku hehehehe.. ada kat KL boleh la ajak dia,sebab kalau aku gi sorang konfirm sesat larat...

Tapi takpe lps ni konfirm dah boleh gi sorang2 sb aku dah hafal semua jalan(kononnya).Sebenarnya aku teruja la gak sebab,1st time aku g Pavi...ksian kat aku kan,orang lain dh xheran dah.
    ni dkt pintu masuk ke Pavi. lawa kan??

Rasanya macam kat luar negara pulakkn gambar ni.Setelah bejalan agak jauh dari Jalan Imbi ke Pavillion,sampai jugak akhirnya...walaupun rasanya kaki aku dah rasa nak putus dengan bawak begnya lagi..


Sempat lagi posing dgn beg...

Dekat dalam ni lagi lawa,rasanya nak ambik gambar kat semua tempat je,tp handphone x canggih la plak... tak pe nanti kita pergi lagi...hihihi

                                                        My sis with Mr.A

Amboi3x,gambar dorang lagi banyak dari tuan yang punye handphone ni...
but for overall,aku suka & enjoy jalan2 aritu.Thanks to my sis & hers bawak aku jalan-jalan...
Kalau tak mesti aku tak dapat beli barang & jalan2 di Bukit Bintang & seangkatan dengannya.....

Thursday, January 20, 2011

Arranged Marriage Vs Love Marriage

Apa pendapat korang pasal tajuk kat atas ni??
Sebelum2 aku nak kongsi dulu makna perkahwinan

Apa itu perkahwinan???
Perkahwinan adalah akad yang yang menghalalkan diantara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dan menetapkan hak -hak dan tanggungjawab@ dalam kata lain perkahwinan adalah perkongsian hidup antara seorang lelaki dan perempuan.

Mana yang akan dipilih love@ arranged marriage

 Berdasarkan  statistik negara India merupakan negara yang tertinggi dalam senarai matchmaking ni.Ialah kalau kita tengok dalam cerita hindustan pun,kebanyakkannya keluarga yang aturkan perkahwinan anak mereka.Akhir sekali hero&heroin bahagia juga,walaupun terpaksakan.
Tapi dalam cerita semuanya baik,realitinya???

Selalunya pilihan yang dibuat keluarga mestilah yang terbaik untuk anaknya.Takkan lah seorang ayah nak cari lelaki yang hisap dadah atau perompak jadi menantu diakan..Kalau lelaki itu tak kaya,paling kurang pun mestilah baik & mampu jaga anak dia.
Kalau kahwin kerana cinta??Tak yah cerita la kot,sebab semua orang tau kan,lelaki itu mestilah kita yang pilih
disebabkan faktor2 tertentu.Ialahkan lain orang lain citarasanya....Ada yang nak botak,ada yang nak ada jaggut,ada yang nak tinggi macam macam lagi lah kan....

Sebenarnya kedua-dua ada baik &buruknya....
#Kalau matchmaking ni perlukan masa yang lama untuk kita memahami pasangan,sebaliknya bagi love marriage mestilah kita dah tau kan apa yang pasangan kita suka&tak sukakan...
#Selalunya pasangan yang kahwin kerana cinta ni akan hadapi masalah sendiri tanpa bantuan keluarga,tapi kalau matchmaking ni , kalau ada apa2 masalah pasti dorang akan tolong & support.
#Ikut statistik,kebanyakkan penceraian yang berlaku adalah dari pasangan yang kahwin kerana cinta,berbanding arranged marriage ni.hahaha,macammane tu???




Penat-penat bercinta 4,5 tahun,tak sampai 3tahun kahwin dah bercerai...Tapi kita tak boleh salahkan pasangan2 juga,sebab jodoh& pertemuan semua di tangan Tuhan..
Apa yang penting dalam perkahwinan& perhubungan ni setiap pasangan kenalah saling memahami&menghormati pasangannya.Yang paling penting sekali ilmu mengenai perkahwinan & agama serta iman mestilah perlu ada dalam setiap individu,barulah sesuatu perhubungan itu berjaya.....(macam ada pengalaman pulak aku ni)hihhii....
So,buatlah pilihan yang tepat.. Yang penting korang happy&keluarga boleh terima...



Nota kaki:
Ciri2 lelaki idaman....jeng3x
biarlah rahsia.hihihiii.....

JOM GEGAR BLOG

http://www.benashaari.com/2011/01/pengumpulan-bermula-jom-gegar-blog.html
Jom ramai2 kita sama-sama kasi gegar.....