Monday, October 17, 2011

Fallin in love


Saya disini  nak buat pengakuan bahawa 
saya dah jatuh hati dekat


AWAK....


                                                         
sangat,sangat......


Mr.Peugeot



Sape,sape
Tolong hadiahkan dekat saya satu
satu je
nak yang warna maroon ni tau....
x nak warna lain...


Sebagai balasan,saya akan
ingat kat awak sampai mati
hihiihiih

                                                       

Sunday, October 16, 2011

Ketika Aku masih Kecil

Macam tajuk lagu Ana Rafali tak,...
Sebenarnya,aku nak mengimbau balik masa aku kecil dulu@masa muda-muda

             Masa aku kecil,aku  selalu tanya dekat diri aku:
                            Besar nanti aku nak jadi ap ek?
              Cikgu ke,doktor,polis @ penyanyi macam siti nurhaliza..



        Masa aku kecil aku selalu berangan nak sambung belajar kat luar negara
                          Dapat masuk Harvard @ kat  mana-mana la yang penting luar negara,
                                     atau tak dapat sangat kat UM pun jadilah...
                                   Tapi rupa-rupanya rezeki aku dekat UPSI ...




Masa aku kecil-kecil dulu,aku selalu berangan muka suami aku macam mana lah ek..(kecik2 dh gatal)
                  macam Fahrin ahmad, Fezrul khan(waktu tu dia dh berlakon ke??)
                                  ataupun dapat macam Akhil Hayy jadi la....


Itu semua masa aku kecil, tapi sekarang aku tak kisah dah
            
           Sebab:

                  Walaupun tak jadi polis,doktor @ penyanyi coming soon
                                       saya akan jadi Cikgu..
                  walaupun tak dapat belajar dekat luar negara nanti boleh
                                pergi melancong dekat sana.kan.kan.kan...
                         dan pasal suami macam muka sape pun tak kisah
                             tapi kalau dapat macam Awal Ashaari jadilah....

Ana Raffali - Ketika Aku Masih Kecil

Thursday, April 21, 2011

Thats Day.......

          Minggu lepas, minggu lepas satu lagi, hihihii.rasa nya dalam 2minggu lepas 
                    Aku dah menghabiskan duit dan masa ke Sunway Lagoonnn...
Terima kasih kepada Farah Liyana yang membuat rancangan yang tibe2 & yang agak relevan tu.
Rasanya kalau dia tak ajak, sampai sekarang aku xsampai lagi,macam lah jauh sangatkan
memang lah tak jauh tapi tak de orang yang nak bawa pergi....


Sebenarnya aku ni jenis yang susah sikit nak ajak jalan2, tapi dah ada orang ajak tempat yang aku memang nak pergi apalagi terus setuju...hihihii
Rasanya dah lama juga lah aku berangan nak pergi Sunway Lagoon tu,

i &zai ni masa dekat KL Sentral 

Dari Tanjong Malim kitaorang naik bas-kl sentral(ktm)-bas (sunway piramid)
Sebenarnya semua first time kot nak pergi, apalagi main redah je
tapi sebelum2 dah google dulu....

dekat pintu depan Sunway Lagoon
muka masing2 xcited.....
Walaupun tak tau, kitaorang buat2 tau je.hihihihi sebab dah semangatkan nak pergi
Tapi serius ramai gler orang waktu2,ialah hari sabtu memang waktu cuti pun...

 dekat dalam SL,buat2 baca peta..


Kitaorang pilih 3 park@RM 60++
Tu je yang mampu, tapi rasanya tu pun dah puas main
Paling yang aku takkan lupa sampai bila2,masa aku naik benda yang pusing 360 darjah
Sumpah tak nak naik dah,mula2 memang la berkobar2 nak naik,lepastu hanya Tuhan je tahu
  Masa aku duk kat atas2,aku ingat aku xnak mati lagi je.hihihhii(muda lagi+ xkawin lg)


ada beran??try jgn xtry..gambar waktu ktorng kat atas 
xsempat diambil oleh jurufoto@zai...

Zai walaumacamne sekali pun,ko mesti naik benda alah ni gak..
.Bila lagi nak try!!(sebenarnya xpuas ati zai xnaik sekali)

Tapi aku rasa berbaloi la dengan apa yang dibayar,puas kot main 
abis berterbangan ketensionan aku(tension ke??)
Tapi gambar kat dalam waktu main2 tak ada sebab main air,tak ada orang nak
ambik gambar,kalau adapun mahal gler kot..

Thankz to Farah, Zai & Nad @housemate2 ku, sebab saya sangat 
happy& enjoy...hihiihihi bersama anda(skema plak rasa)
Kenangan ni xkan dilupakan.....




nota kaki: sem depan walaupun kita,tak duduk satu rumah lagi
                 janji nak gi main ice sketing jgn lupe...hihihii

                    






Wednesday, March 30, 2011

Lebih Hangat daripada Biasa.....

 Perasan tak,sejak akhir-akhir ni cuaca panas gler???
Hujan pun dah jarang.. Kalau jual ABC & Cendol laku ni...($$$)
Kalau nak tidur waktu petang pun dah tak selesa.
Sebab dinding bilik aku ni pun panas... 

Ke aku sorang je yang rasa panas ni??







    Simptom-simptom waktu panas : 
                     # Muka asyik masam je
                    # Tidur tak cukup  




  
                    # Ais kat kedai @ kafe habis
                   # Toilet penuh,sebab asyik berulang mandi je              





*Panas2x
Dahaganya lah sekarang ni...Nak ais 1 plastik...



Sunday, March 27, 2011

mY Mi$$ion & Vi$$ion

Malam tadi aku tak boleh tidur, jadi aku belek2 la sebuah buku ini. Sebenarnya, sebelum tidur aku memang suka baca buku pun...Buku yang aku baca2 bertajuk MISTERI TARIKH LAHIR ANDA.

Lepas aku baca buku ni, aku baru perasan yang selama ini aku tak de matlamat hidup yang jelas..
Sebab dekat bahagian belakang buku ini, penulis2 suruh pembacanya tulis matlamat hidup diatas sehelai kertas dan tengok setiap masa...
Jadi aku pun nak cuba lah kononya ,sebab dia kata kalau kita dah mampu tulis matlamat kita2,maknanya dah hampir separuh kita akan capai..
Dengan penuh semangatnya aku ambil pen dan sehelai kertas, tapi aku tak tahu nak tulis apa sebagai matlamat hidup aku!!
Fikir2 balik,argh sedihnya hidup tanpa matlamat..& I can't write it just on paper....
Sebenarnya aku tak tau apa yang aku nak dalam hidup ni ????

Tapi selepas beberapa lama aku fikir2& timbang2 balik.Aku rasa ini yang aku nak dalam hidup ni:

  •  Dalam jangka masa pendek ni.aku nak dapat DEKAN setiap semester & masa konvo nanti aku nak dapat 3.5 ke atas!!!                                                                   
  • Dah kerja nanti, aku nak jadi cikgu yang cemerlang (blh ke??)                         
  • Lepastu aku nak sambung Master, then jadi lecture                                  
  • Lepas semua dah stabil- kahwin??
  • Sambung ambil Phd.(cuba bayangkan Dr.Hanis Amera) gempak gler...
  • Sebenarnya aku teringin sangat nak jadi voluntary untuk apa2 bdn NGO..
  • Bawa mak & abah gi Haji + travel around the world
  •                               Jangka masa panjang- impian aku nak bukak restoran @ bookstore!!

     

Akhir sekali aku nak : yang penting aku nak hidup aku sentiasa diberkati Allah


*Aku baru sedar,yang sebenarnya susah nak tulis matlamat hidup kita ni..

*Sekali sekala,, bacalah & bukak2 la buku motivasi@ilmiah yang macam ni,sebab ia akan sentiasa mengingatkan kita mengenai erti kehidupan yang sebenar.....

Friday, March 25, 2011

Penyakit Lupa

                      Sejak akhir2 ni aku perasan, yang aku ni asyik lupa je. 
Lupa letak barang kt mana,
Lupa nak bt assgmnt (walaupun tau bnyk),
Lupa nk wish besday orang,walaupun selama ni aku ingat sgt.

Aku pernah baca satu buku,tentang penyakit lupa ni.dalam buku tu cakap lupa ni adalah anugerah dari Allah.
Nak tau kenapa ia dikatakan anugerah???

Sebab kalau kita ingat semua perkara yang kita nak buat, kita boleh jadi Gila....
Semua kita nak selesaikan,wlaupun kita tau kita xmampu nak laksanakannya.

Tapi aku tak pernah lupa nak 
makan,tido,call &msj  my mom