Sunday, January 9, 2011

Erti Sebuah Persahabatan....

    Persahabatan umpama sejambak bunga,
      andai ia terlerai,bisa digubah semula,
namun takkan seindah gubahan yang pertama..


Dekat sini aku nak kongsi ciri-ciri sahabat yang baik

1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya
2)Pilihlah seorang sahabat yang apabila kita menghulurkan bantuan,dia menerima dengan rasa terharu.
3)Pilihlah sahabat yang jika kita meminta sesuatu daripadanya,pasti ia akan beri,jika kita berdiam,dia mula menyapa dulu& jika kita ada masalah,dia akan membantu dan meringankan.



Hati2@ tinggalkan  sahabat seperti dibawah
1. Sahabat yang hipokrit
2. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah
3. Sahabat pemboros dan suka hiburan



Cerita pasal sahabat,aku teringat pada seorang rakan aku yang aku dah kenal hampir 9 tahun...Sebenarnya status 'sahabat' itu  memang agak berat aku sandarkan kepada rakan2 ku yang lain,mungkin kerana makna sahabat itu amat bermakna dan dalam bagi aku & mungkin kerana aku tak ramai kawan yang rapat.



Aku gelarkan dia A.Aku dah kenal A sejak dari sekolah rendah lagi..Kami sentiasa bersama dari sk rendah ke menengah hinggalah ke matrikulasi.Cuma di Uni. kami berpisah demi mengejar cita2.Aku disini & dia nun jauh di pantai timur.Aku senang berkawan dengan A sebab dia memahami&sentiasa ada ketika aku susah &senang.


Kini aku  cuma harap persahabatan kita akan berkekalan hingga akhir hayat & segala yang kita rancang bersama akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”



#Pilihlah sahabat yang dapat menyenangkan,memahami & menerima diri kita seadanya.
#Pilihlah sahabat yang pakai minyak wangi banyak2,9t baru la wangi.hihihi

No comments:

Post a Comment